Tuesday, June 23, 2009

Pelanggan pelik bank 'cukai' duit simpanan


KUANTAN - Seorang pegawai eksekutif terkejut apabila mendapati wang simpanannya di dalam akaun bank berkurangan dan mangsa mendakwa ia dipotong bagi membayar polisi insurans luar negara yang tidak pernah dipersetujui.
Fadzilah Awang Ibrahim, 40, pegawai eksekutif di sebuah kilang elektronik di Pekan mendakwa, kejadian tersebut berlaku selepas wakil syarikat insurans dan pihak bank terbabit menghubunginya dan memaklumkan bahawa beliau mempunyai bayaran tertunggak selama sebulan yang belum dibayar.
"Saya tak pernah setuju untuk menyertai sebarang polisi insurans dengan syarikat terbabit.
"Bagaimanapun kira-kira dua minggu lalu, saya terima panggilan daripada syarikat insurans itu dan bank yang memaklumkan saya sudah membuat pembayaran insurans selama dua bulan tetapi masih ada sebulan lagi tidak dibayar," ceritanya yang datang ke pejabat Kosmo! di sini semalam.
Fadzilah yang juga Pengerusi Gerakan Generasi Kedua Sungai Miang, Pekan kemudian pergi ke bank berkenaan untuk memeriksa akaun simpanan miliknya lalu mendapati jumlah wang di dalam akaun itu berkurangan kerana telah dipotong.
"Saya benar-benar terkejut apabila mendapati wang saya telah dipotong oleh pihak bank terbabit tanpa kebenaran saya bagi membayar polisi insurans luar negara yang tidak pernah dipersetujui.
"Lebih mengejutkan apabila meminta penyata dari pihak bank, wang saya sebanyak RM270 dipotong sebanyak tiga kali daripada akaun pada hari yang sama iaitu 11 Jun lalu," dakwanya.

Demam nampak pocong


BAYAN LEPAS - Dalam keadaan semakin ramai warga Lembah Klang bimbang dan demam kerana wabak influenza A (H1N1), situasi yang sama dialami penduduk dua buah kampung di sini, bezanya mereka bukan takut virus selesema babi itu tetapi lembaga putih yang didakwa pocong.
Beberapa penduduk mendakwa pocong itu mula dilihat di Kampung Masjid di Teluk Kumbar, di sini dan Kampung Baru Sungai Ara yang terletak kira-kira 15 kilometer dari situ sejak bulan lalu.
Kisah pocong itu tersebar cepat dan meluas sehingga orang ramai mula fobia untuk keluar malam, baik di kalangan pekerja yang tamat syif di kilang-kilang berdekatan mahupun remaja bermotosikal yang dulu selalu berkonvoi ke Pekan Bayan Lepas




Mohd Ismail Merican




Liow Tiong Lai


Flu spreadsKUALA LUMPUR (June 23, 2009) : The Influenza A(H1N1) epidemic has worsened, with 10 new confirmed cases -- two of them locally-transmitted -- and two more schools closed yesterday.
The two schools are Seri Cempaka International School in Cheras, Kuala Lumpur, and SRK Assunta 1 in Petaling Jaya. Seri Chempaka is closed until Saturday, and Assunta 1 until Monday.
This brings to four the number of schools closed because of local transmission of the deadly flu bug.
Director-General of Health Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican told a daily news conference it might be necessary for schools to conduct internal screening, with the teachers encouraged to examine the students and pupils for fever.
A decision on the proposal and how to conduct the examination will be announced today after a meeting of a technical committee.
He said students who had visited countries such as the Philippines, the United Kingdom, Australia and the United States should undergo self-quarantine for seven days and keep away from school.
Other developments:
> The government has no plan to close all schools or ban public gathering in the Klang Valley although most of the A (H1N1) cases are reported in the area, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said. "Unless there is an obvious need for it, we don't want to raise unnecessary alarm among the people."
> Children in the three partially-closed schools may stay away from class without having to produce medical certificates (MCs), said Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Parents who feel their children are not well enough to attend school may inform the school authorities.
Alimuddin Mohd DomThe three schools, which each have a class closed, are SMK Damansara Utama, SMK Seksyen 9 in Shah Alam and SMK Wangsa Maju Seksyen 2 in Kuala Lumpur. The classes are closed until the end of this week.
Apart from the three tainted schools, parents who notice their children displaying symptoms of the flu can allow their children to stay home. This arrangement is only for the next one or two weeks.
> A total 200,000 frontliners will be involved in tackling the A (H1N1) pandemic under the National Influenza Preparedness Pandemic Plan 2006, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said in the Dewan Rakyat.
They comprised civil servants under the health and medical category, the police, Civil Defence Department, armed forces, Fire and Rescue Department and Immigration Department. In early May, they had been given 200,000 doses of flu vaccine.

http://sun2surf.com

Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang bongkar penyelewengan dapat anugerah

GEORGETOWN: Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa, dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang, kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu membabitkan RM500,000. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata penyelewengan itu yang membabitkan bayaran balik bon jaminan, dikesan selepas Yusof meneliti fail sebaik dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie awal Februari lalu. "Selepas meneliti beberapa fail, beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dan terus melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu kepada Yusof sempena majlis perhimpunan ahli perkhidmatan awam Pulau Pinang di sini, hari ini.
Anugerah itu berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000. Lim berkata, laporan sudah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kakitangan berkenaan dilarang oleh Yusof daripada menjalankan tugas kewangan jabatan. "Bagaimanapun, kakitangan terbabit sudah menghilangkan diri," katanya.
Lim memuji Yusof kerana berani mendedahkan penyelewengan dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab selain berlaku telus terhadap perkara yang tidak betul. Yusof, 52, berkata pendedahan penyelewengan itu bukanlah kerana mengharapkan anugerah tetapi menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua jabatan untuk memerangi penyelewengan dan rasuah. "Saya bersyukur kerana diberi anugerah ini. Ini bukanlah kerana wang tetapi sebagai sikap tanggungjawab seorang ketua jabatan yang diharapkan menjadi contoh kepada kakitangan lain," katanya. - Bernama

credit to : http://www.bharian.com.my